Tuesday, April 5, 2016

SENI BINA KAPAL

Senibina kapal ialah salah satu bidang kejuruteraan yang meliputi teknologi rekabentuk kapal atau objek yang terapung di air. Pada satu ketika ia juga dikaitkan dengan teknologi pembinaan kapal tetapi kini teknologi pembinaan kapal merupakan bidang yang tersendiri. Satu bidang lain yang berkaitan dengan senibina kapal ialah Teknologi Marin dan Kejuruteraan Marin. Teknologi Marin merupakan bidang besar yang meliputi semua bidang kejuruteraan yang berkaitan dengan air seperti senibina kapal, kejuruteraan marin dan kejuruteraan luar pantai manakala Kejuruteraan Marin pula biasanya hanya berkaitan dengan rekabentuk dan operasi enjin pendorong di atas sesebuah kapal. Untuk melakukan pelbagai aktiviti di laut, sungai dan tasik, manusia telah menggunakan pelbagai jenis struktur terapung yang perlu direkabentuk dan dibina; ada yang bersaiz kecil seperti kanu dan bot memancing, dan ada yang berbentuk raksasa seperti kapal tangki dan pelantar minyak terapung. Orang yang mempunyai kepakaran dalam senibina kapal dipanggil arkitek kapal. Bagi membina kapal-kapal dan struktur ini, pembina kapal memerlukan pelan-pelan dan panduan yang disediakan oleh arkitek kapal. Arkitek kapal menggunakan ilmu dan kepakarannya di dalam bidang senibina kapal untuk membuat pengiraanpengiraan yang berkaitan dengan rekabentuk kapal tersebut dan melukiskan pelan dan panduan yang boleh digunakan oleh pembina kapal Walaupun manusia telah menggunakan pengangkutan air sejak sekian lama, tidak semua alat pengangkutan ini direkabentuk berasaskan pengetahuan senibina kapal. Bahkan ilmu mengenai teknologi rekabentuk kapal atau senibina kapal ini sebenarnya hanya mula wujud pada abad ketujuh belas. Sebelum itu, pembinaan kapal tidak diasaskan kepada pengetahuan sains dan teknologi tetapi lebih berdasarkan ketrampilan dan kemahiran pembina bot atau kapal berkenaan. Ini terjadi sejak zaman awal peradaban manusia seperti dalam tamaddun Mesir Kuno, Yunani dan China. Begitu juga kapal-kapal perang dan penjelajah yang dibina oleh tamaddun Rom, Islam dan juga kuasa penjajah Inggeris, Sepanyol, Belanda dan Perancis tidak dibina menggunakan ilmu matematik atau kaedah saintifik. Pada abad ketujuh belas, muncul beberapa saintis dan jurutera yang mula menerapkan ilmu sains dan matematik kepada rekabentuk kapal. Antara yang terawal ialah Sir Anthony Deane yang menulis buku Doctrine of Naval Architecture pada tahun 1670. Antara lain, beliau telah mengutarakan kaedah menganggarkan garis tenggelaman kapal atau drauf bagi kapal yang belum dibina. Sejak itu, beberapa saintis dan jurutera lain telah membuat kajian dalam pelbagai bidang lain yang berkaitan dengan rekabentuk kapal. Pada tahun 1860, sebuah badan profesional yang menggabungkan arkitek-arkitek kapal telah ditubuhkan di London dengan nama Institution of Naval Architects. Pada tahun 1960, badan ini memperolehi gelaran diraja dan dikenali sebagai Royal Institution of Naval Architects.

Arkitek kapal perlu membuat pengiraan untuk menentukan saiz yang sesuai bagi tugas yang bakal dilakukan oleh kapal yang sedang direkabentuk. Di samping itu, arkitek kapal menganggarkan kestabilannya, kuasa pendorongan yang diperlukan, kekuatan dan saiz struktur kapal seperti ketebalan plat, rasuk dan kerangka, kesan ombak ke atas kapal dan seumpamanya. Jenis peralatan yang bakal dipasang, bahan yang bakal digunakan dan susunatur pelbagai ruang dan perlatan juga ditentukan melalui ilmu senibina kapal. Dalam kepesatan perkembangan ekonomi dan pembangunan di negara kita, industri pembinaan kapal juga giat berkembang. Keperluan kapal untuk pengangkutan kargo, keperluan pertahanan dan aktiviti lain memerlukan industri pembinaan yang produktif dan mampu bersaing. Keperluan kepada tenaga terlatih dalam bidang senibina kapal amat perlu. Sejak sekian lama, bidang Senibina Kapal hanya boleh diikuti di luar negara Universiti-universiti di Jepun, United Kingdom, Amerika dan negara-negara Scandinavia biasanya menawarkan kursus Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Senibina Kapal dan juga pengajian lanjutan di peringkat Sarjana dan Kedoktoran. Mulai tahun 1981, Universiti Teknologi Malaysia telah menawarkan kursus di bidang Teknologi Marin yang merangkumi Senibina Kapal pada peringkat Ijazah dan Diploma. Kurikulum kursus-kursus ini meliputi mata-matapelajaran asas kejuruteraan seperti Statik, Dinamik, Hidrodinamik dan Mathematik. Matapelajaran Statik mengkaji daya-daya yang perlu bagi mewujudkan keseimbangan pada satu badan manakala Dinamik pula mengkaji pergerakan jirim dan daya-daya menyebabkan pergerakan tersebut. Daya-daya yang bertindak ke atas atau di dalam cecair dikaji di dalam matapelajaran Hidrodinamik. Mata-matapelajaran asas ini dikukuhkan dengan matamatapelajaran pengkhususan Senibina Kapal yang meliputi mata-matapelajaran Hidrostatik dan Kestabilan Kapal, Rintangan dan Pendorongan Kapal, Dinamik Gerakan Kapal, Struktur dan Getaran kapal dan Rekabentuk Kapal. Sesudah tamat pengajian, graduan arkitek kapal boleh berkhidmat dengan syarikatsyarikat pembinaan atau perunding perekabentuk kapal. Di syarikat pembinaan kapal, arkitek kapal bertugas sebagai perekabentuk di bahagian rekabentuk kapal atau sebagai penyelia pembinaan yang memastikan pelan-pelan arkitek kapal difahami dan dipatuhi semasa pembinaan. Di syarikat perunding perekabentuk kapal, arkitek kapal bertugas membuat pengiraan-pengiraan bagi kapal atau bot yang diperlukan oleh pelanggan. Graduan juga boleh bekerja dengan syarikat perkapalan atau agensi-agensi kerajaan yang menggunakan kapal atau bot dalam operasi mereka seperti Jabatan Laut, Polis Marin dan Tentera Laut. Arkitek kapal yang berkhidmat di agensi kerajaan dan syarikat perkapalan biasanya bertugas sebagai penasihat dan perantara yang mampu mengimbangkan kehendak pengguna kapal dan keupayaan syarikat pembinaan. Arkitek kapal menggunakan pelbagai alat dalam tugas mereka. Pada zaman bidang ini mula diperkenalkan, perkakas asas yang digunakan ialah peralatan mengira dan melukis. Kapal-kapal yang direkabentuk diuji dengan membuat model danArkitek kapal perlu membuat pengiraan untuk menentukan saiz yang sesuai bagi tugas yang bakal dilakukan oleh kapal yang sedang direkabentuk. Di samping itu, arkitek kapal menganggarkan kestabilannya, kuasa pendorongan yang diperlukan, kekuatan dan saiz struktur kapal seperti ketebalan plat, rasuk dan kerangka, kesan ombak ke atas kapal dan seumpamanya. Jenis peralatan yang bakal dipasang, bahan yang bakal digunakan dan susunatur pelbagai ruang dan perlatan juga ditentukan melalui ilmu senibina kapal. Dalam kepesatan perkembangan ekonomi dan pembangunan di negara kita, industri pembinaan kapal juga giat berkembang. Keperluan kapal untuk pengangkutan kargo, keperluan pertahanan dan aktiviti lain memerlukan industri pembinaan yang produktif dan mampu bersaing. Keperluan kepada tenaga terlatih dalam bidang senibina kapal amat perlu. Sejak sekian lama, bidang Senibina Kapal hanya boleh diikuti di luar negara Universiti-universiti di Jepun, United Kingdom, Amerika dan negara-negara Scandinavia biasanya menawarkan kursus Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Senibina Kapal dan juga pengajian lanjutan di peringkat Sarjana dan Kedoktoran. Mulai tahun 1981, Universiti Teknologi Malaysia telah menawarkan kursus di bidang Teknologi Marin yang merangkumi Senibina Kapal pada peringkat Ijazah dan Diploma. Kurikulum kursus-kursus ini meliputi mata-matapelajaran asas kejuruteraan seperti Statik, Dinamik, Hidrodinamik dan Mathematik. Matapelajaran Statik mengkaji daya-daya yang perlu bagi mewujudkan keseimbangan pada satu badan manakala Dinamik pula mengkaji pergerakan jirim dan daya-daya menyebabkan pergerakan tersebut. Daya-daya yang bertindak ke atas atau di dalam cecair dikaji di dalam matapelajaran Hidrodinamik. Mata-matapelajaran asas ini dikukuhkan dengan matamatapelajaran pengkhususan Senibina Kapal yang meliputi mata-matapelajaran Hidrostatik dan Kestabilan Kapal, Rintangan dan Pendorongan Kapal, Dinamik Gerakan Kapal, Struktur dan Getaran kapal dan Rekabentuk Kapal. Sesudah tamat pengajian, graduan arkitek kapal boleh berkhidmat dengan syarikatsyarikat pembinaan atau perunding perekabentuk kapal. Di syarikat pembinaan kapal, arkitek kapal bertugas sebagai perekabentuk di bahagian rekabentuk kapal atau sebagai penyelia pembinaan yang memastikan pelan-pelan arkitek kapal difahami dan dipatuhi semasa pembinaan.

No comments:

Post a Comment