Tuesday, April 5, 2016

GAMBARAN PEMBUATAN KAPAL NABI NUH AS


                                    


Dalam perahu itu, ia membawa semua benih yang boleh ditanam. Setelah beberapa hari, ia melepaskan burung untuk mengetahui apakah sudah nampak ada daratan. Arkeologi Inggeris lain seperti Sir Leonard Woolley pada 1929, menyimpulkan bahawa kisah Utnapishtim dan banjir Nuh itu adalah sama. Namun hanya Allah yang lebih mengetahui sama ada kisah itu dan orang itu adalah sama seperti yang dikhabarkan dari al Quran.
Tetapi boleh atau tidak kita juga harus mengikuti perkembangan jumpaan bukti semasa. Dalam pengkajian dan pencarian akan Bahtera Nabi Nuh, saya yakin dunia telah mengiktiraf bahawa bahtera yang dijumpai di puncak gunung Ararat adalah bahtera Nuh yang asli. Jikalaupun ia bukan bahtera Nuh, kita juga mendapat kepastian bahawa sememangnya pernah berlaku suatu banjir yang maha besar suatu ketika dahulu, yang dapat menjelaskan mengapa boleh ada kapal purba diatas puncak gunung.
Jika benar bahawa bahtera tersebut adalah bahtera Nabi Allah Nuh maka kita makin dekat dengan konklusi bahawa Nabi Nuh sebenarnya berasal dari tamadun Pentas Sunda yang telah tenggelam.
Baru-baru ini (2010), gabungan pengkaji arkeologi dan antropologi dari dua negara, iaitu China dan Turki, seramai 15 orang yang juga merakam filem dokumentari tentang tapak kapal Nabi Nuh AS itu, telah menemukan bukti baru. Mereka mengumpulkan artifak dan fosil-fosil berupa serpihan kayu kapal, dan paku.
Hasil kajian makmal Noah’s Ark Ministries International, China-Turki, setelah melakukan ujian bahan fosil kayu oleh ahli tanaman purba menunjukan bukti yang amat-amat mengejutkan, yakni fosil kayu Kapal Nabi Nuh AS sebenarnya berasal dari kayu jati yang ada di Pulau Jawa.
Saintis China ini menemukan bukti yang memeranjatkan dunia Arkeologi.
Mereka telah meneliti ratusan sample kayu purba dari berbagai negara, dan memastikan, bahawa fosil kayu jati yang berasal dari kawasan Jawa Timur dan Jawa Tengah 100 peratus tepat dengan sampel fosil kayu Kapal Nabi Nuh AS.

No comments:

Post a Comment